Saya adalah seorang pengusaha projek tauhu dan mi kuning di Daerah Jempol. Projek saya ini bertempat di Kampung Lonek Seberang Batu Kikir.
Saya telah memulakan projek ini semenjak tahun 1990. Ianya bermula dari ibu saya dan diambil alih oleh saya setelah tamat persekolahan.Pasaran tauhu dan mi saya telah berkembang dengan majunya di seluruh daerah Jempol. Saya berbangga dengan projek ini kerana saya adalah satu-satunya usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam pembuatan makanan ini.Saya merasa bertanggungjawab dan menjadi fardu kifayah bagi saya memberi umat Islam memakan makanan yang halal.Saya berharap projek ini akan kekal berpanjangan dan mendapat pasaran yang lebih jauh lagi.
No comments:
Post a Comment